Friday, November 28, 2008

MALAM WACANA BUDI

28 November 2008, Majlis Malam Wacana Budi akan diadakan di Tekam Plantation Resort pada 30 November 2008, jam 8.30 malam. Majlis ini diadakan sempena meraikan pertukaran Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut (PPD), Tuan Haji Mohd Nadzri bin Ab Wahab yang telah dinaikkan pangkat ke Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh. Beliau akan menjawat jawatan Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh gred DG52. 

Seramai 150 orang jemputan akan hadir di dalam majlis tersebut. Di antaranya adalah semua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah daerah Jerantut, staf PPD Jerantut, dan pegawai teknologi pendidikan PKG.

Beberapa acara telah diatur bagi memeriahkan majlis tersebut seperti persembahan nyanyian dan tayangan klip video.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home